JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), dijadual mempengerusikan beberapa siri mesyuarat dengan negara-negara rakan kongsi pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini pada Rabu, lapor agensi berita ANTARA.
Biro Akhbar, Media, dan Penerangan Sekretariat Presiden di Jakarta menyatakan bahawa aturcara Presiden Jokowi bermula dengan pertemuan dua hala dengan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin, di Bilik Kakatua, JCC.
Presiden Jokowi seterusnya dijadual mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-China yang dihadiri oleh pemimpin negara-negara ASEAN bersama Perdana Menteri China (PRC), Li Qiang.
Jokowi mengetuai Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang ke-24 dan dihadiri oleh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, dan Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun yang ke-26 bersama-sama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Selanjutnya, Jokowi bersama pemimpin negara-negara ASEAN dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) yang ke-26.
Mesyuarat itu akan diadakan di Bilik Cenderawasih 3 JCC, juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin China, Korea Selatan, dan Jepun.
Presiden Jokowi juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris.
Jokowi dan pemimpin-pemimpin negara kemudian akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang ke-11 di Bilik Cendrawasih di JCC.
Beliau akan meneruskan agendanya dengan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Presiden Jokowi dan Wanita Pertama Iriana bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negara akan menghadiri majlis makan malam gala sebagai acara penutup hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Aturcara Presiden Jokowi bermula dengan pertemuan dua hala dengan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin, di Bilik Kakatua, JCC. - Foto/Akaun X Joko Widodo
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Jokowi mempengerusikan siri mesyuarat ASEAN dengan rakan kongsi
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual mempengerusikan beberapa siri mesyuarat dengan negara-negara rakan kongsi pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada Rabu.
Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan 'lebih adil untuk semua'
Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Presiden Bank Dunia Ajay Banga menangani kritikan meluas terhadap institusi kewangan itu dengan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil.
Wanita baling selipar ke arah Presiden Indonesia, Jokowi
Selain melempar selipar, wanita dengan pengenalan nama RT berusia 45 tahun tersebut juga cuba mencurahkan air mineral ke arah Jokowi.
Presiden Jokowi mulakan lawatan pertama ke Afrika
Presiden Joko Widodo (Jokowi) sedang menuju ke Afrika untuk mengadakan lawatan kerja ke empat negara di rantau itu, menjadi lawatan pertamanya ke benua itu sebagai presiden.
Ibadah korban terjemah rasa syukur dan ikhlas - Jokowi
"Harta yang kita miliki hanyalah titipan dan amanahNya, yang perlu dijaga, dijaga, dimanfaatkan dan dipenuhi dengan sebaik-baiknya demi manfaat rakyat."
Bukan pemimpin Arab, Sukarno yang pertama baca al-Quran di PBB
Apa yang dilakukan Sukarno melebihi tindakan pemimpin-pemimpin Islam di negara Timur Tengah, kata Ketua DPP Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan.
Agong berkenan terima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Negara hari ini.
Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Kunjungan Presiden Jokowi signifikan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.